♥️.Selamat Datang ke laman DiVA DCC ♥️. Kami adalah Social Entrepreneur Malaysia yang mengusahakan produk kosmetik & kesihatan di bawah jenama DiVa Classic Cosmetics. Perniagaan ini untuk membantu membangun dan memperkasa kan OKU agar mereka mampu berdikari, tidak terpinggir dan lebih yakin berdaya saing dalam masyarakat normal. DiVA DCC juga memberi peluang pekerjaan kepada mereka.
Bismillah ♥️ Kami adalah Social Entrepreneur Malaysia yang sedang melancarkan kempen mengumpul Dana PROJEK IMPIAN OKU. Tujuan Projek ini adalah untuk membantu membangunkan Pusat Kretiviti & Latihan Kecermelangan OKU. Tujuan kemepn ini juga adalah membantu untuk membeli sejumlah Unit Mesin Cetak Braille yang sangat di perlukan mereka. Penggunaan Mesin Percetakan Braille ini bukan sahaja untuk mencetak dan menghasilkan buku-buku Braille Quran & agama, tetapi juga untuk mencetak pelbagai buku sekolah ,buku kemahiran & buku tambahan pembelajaran, terutamanya untuk kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan yang sangat penting untuk pertumbuhan mereka. Ini juga membantu mereka menjana pendapatan berterusan melalui pencetakan buku buku braile. Pusat Kretiviti & Latihan Kecermelangan ini juga memberi latihan kemahiran & pekerjaan bukan hanya pada golongan OKU sahaja, tetapi juga pada orang ramai terutama yang golongan yang memerlukan. Inshaa-ALLAH. ❤️ Sumbangan boleh melalui ke
Malaysia Rakyat Paling Gemuk

Sepanjang bekerja dari rumah (BDR) berikutan pandemik wabak COVID-19, bukan sahaja golongan wanita malah lelaki juga berkeluh-kesah di media sosial mengenai berat badan yang semakin bertambah.

Bukan setakat sekilogram, malah berkilo-kilogram!

Masakan tidak!
Pergerakan di rumah yang terhad, mudah mendapat makanan kerana dapur hanya beberapa langkah sahaja daripada tempat bekerja, kurang aktiviti fizikal selain terikut-ikut dengan selera anak yang sentiasa hendak makan, dijadikan antara alasan kenaikan saiz badan.

Tidak dinafikan, keadaan itu membuatkan ada yang mula berasa bimbang dan tertekan. Malah, ada juga memuat naikkan gambar segak bergaya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman Facebook mereka kerana ingin mengemaskini status bagaimanapun mengelak foto terkini diketahui rakan sosial.

DISYORKAN UNTUK ANDA MEMBACA :

  • Makan lewat malam punca obesiti, risiko cepat mati
  • Hampir separuh rakyat dewasa Malaysia obes: Subramaniam
  • 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia hidap diabetes
  • 9.6 juta rakyat Malaysia alami kolesterol tinggi

Begitu juga dengan beberapa rakan saya turut tidak terkecuali berhadapan keadaan serupa. Malah, seorang daripadanya terkejut dan 'bising' sebaik mengetahui berat badan saya yang tidak naik iaitu hanya sekitar 44.7 kg berbanding sebelumnya dalam lingkaran 46 kg sehingga 47 kg.

"Kita kongsilah berat badan, akak ambil berat badan Athirah, dua kg. Rasa mengah sangat bila bergerak dan cepat letih. Sebelum PKP 90 kg sekarang sudah 92 kg memang rasa berat," kata Nur Athirah Rosli, 34, ketika saya menghubungi beliau baru-baru ini.

Penjawat awam di Pahang ini mengakui kenaikan berat badannya sebanyak dua kg itu kerana masa makan yang tidak menentu selain mudah menempah makanan dalam talian khususnya makanan segera.

Mengakui dirinya sudah obes berikutan kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi daripada sepatutnya pada ketinggian 163 sentimeter (cm), beliau yang belum berkahwin lagi ini mula mengawal pemakanan dan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

MASALAH DUNIA

Hakikatnya, masalah obesiti iaitu satu keadaan kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan pada badan bukanlah hanya dihadapi oleh Nur Athirah mahupun dalam lingkaran Malaysia sahaja bahkan turut menjadi isu kesihatan utama seantero dunia.

Menyusuri data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), permasalahan obesiti yang mengubah struktur bentuk badan seseorang itu didapati menjadi kebimbangan global sejak tahun 1975 lagi dan sehingga kini ia masih menjadi isu besar.

Kerunsingan ini berasas kerana obes adalah gerbang kepada peningkatan risiko pelbagai penyakit kronik yang bukan sahaja memberi masalah besar kepada golongan itu bahkan sesebuah negara berikutan menampung kewangan sangat besar bagi penyediaan rawatan buat rakyatnya.

Jika dirujuk laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Feb 2020 jelas memperlihatkan betapa kritikalnya permasalahan ini berikutan obesiti telah mencapai peringkat epidemik secara global, dengan sekurang-kurangnya 2.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun kerana lebihan berat badan atau obes.

Di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4 peratus adalah berlebihan berat badan manakala 19.7 peratus adalah obes.

Harus difahami bahawa terminologi berlebihan berat badan dan obes adalah dua kategori berbeza.

Bagi berlebihan berat badan, NHMS 2019 mendefinisikan ia berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (IJT) adalah melebihi 25kg/m2 manakala untuk obes kadar IJT melebihi 30kg/m2.

Penemuan data ini nyata tidak begitu menggembirakan kerana ia menunjukkan berlakunya trend peningkatan kategori berkenaan berbanding kajian sama pada tahun sebelumnya.

Misalnya, untuk kategori berlebihan berat badan hanyalah sekitar 29.4 peratus manakala obes (15.1 peratus) untuk tahun 2011.

Data NHMS 2019 juga turut memperincikan tiga golongan tertinggi yang berhadapan permasalahan tersebut iaitu perempuan (54.7 peratus), etnik India (63.9 peratus) manakala lingkungan umur paling tinggi adalah golongan berumur 55-59 tahun (60.9 peratus).

KANAK-KANAK

Melihat kepada data itu, ada kemungkinan besar golongan ini akan mencatatkan penambahan pada tahun ini sekiranya tidak ada langkah rawatan diambil mahupun masih ada yang terus mengamalkan gaya hidup sedentari seperti sebelumnya.

Ini memandangkan ramai yang mengeluh akan kenaikan berat badan sepanjang PKP mahupun PKP Bersyarat, jadi, tidak mustahil Malaysia akan terus memegang rekod negara tertinggi golongan dewasa obes di Asia Tenggara.

Menurut Data World Population Review (2019), prevalens orang dewasa yang obes di Malaysia adalah yang tertinggi di negara Asia Tenggara sebanyak 15.6 peratus diikuti oleh negara Brunei (14.1 peratus), Thailand (10.0 peratus) dan Indonesia (6.9 peratus).

"Faktor penyumbang kepada masalah obesiti boleh dibahagikan kepada empat faktor utama iaitu (i) pemakanan, (ii) aktiviti fizikal, (iii) persekitaran, (iv) genetik dan (v) faktor lain seperti penyakit, tekanan dan ubatan. Dua faktor utama ialah dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal.

"Secara dasarnya, pengambilan makanan memberi tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

Namun, pengambilan makanan berlebihan yang tidak disertai dengan penggunaan tenaga melalui aktiviti fizikal menyebabkan tenaga berlebihan ini disimpan sebagai lemak di dalam badan," kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Norliza Ahmad kepada Bernama melalui e-mel baru-baru ini.

Menurut Dr Norliza yang juga pensyarah kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, apa yang menakutkan, permasalahan ini bukan sahaja menyerang orang dewasa bahkan juga kanak-kanak.

Ini dapat dilihat daripada tinjauan NHMS 2019 yang mendapati 29.8 peratus kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun mempunyai berat badan berlebihan temasuk obes. Dilaporkan 14.8 peratus adalah obes manakala selebihnya merupakan berlebihan berat badan.

Ternyata penemuan ini sangat menggerunkan kerana ia menunjukkan trend peningkatan melebihi tiga kali ganda dalam tempoh tidak sampai satu dekad. Kajian yang sama juga menunjukkan, peratusan kanak-kanak obes hanyalah 3.9 peratus pada 2011.

"Ramai kanak-kanak menghadap skrin seperti permainan komputer, tablet, televisyen melebihi dua jam sehari. Tempoh masa yang lama itu dikaitkan dengan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

"Masalah ini amat membimbangkan kerana kanak-kanak yang obes mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi pada usia muda selain berkemungkinan menjadi orang dewasa obes.

"Keadaan ini seterusnya mendedahkan mereka untuk menghadapi masalah kesihatan kronik lebih awal yang boleh menjejaskan produktiviti mereka," katanya.

 

NCD DAN COVID-19

Seperti negara lain yang turut bimbang, Malaysia juga tidak terkecuali daripadanya kerana lebihan berat badan mahupun obes, kedua-duanya adalah faktor risiko utama yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik NCD seperti diabetes mahupun kardiovaskular.

Masalah NCD di Malaysia semakin meruncing kerana dilaporkan sebelum ini ia dikesan antara penyebab utama kematian pramatang berikutan purata jangka hayat rakyat Malaysia tidak dapat ditingkatkan, hanya mencapai sekitar usia 75 tahun.

Jangka hayat sudah tersekat untuk satu dekad berbanding negara lain berikutan penyakit NCD turut sama membawa komplikasi seperti darah tinggi sinonim serangan jantung mahupun diabetes akan berakhir dengan kegagalan buah pinggang.

Jadi, bayangkanlah sekiranya kanak-kanak yang obes itu sudah didiagnos dengan penyakit NCD di awal usia dan tidak mengawalnya dengan baik, tidak mustahil akan terdedah dengan pelbagai komplikasi berkaitan dengannya yang bukan sahaja mengganggu kualiti kehidupan bahkan juga kematian.

Perihal ini mendapat perhatian kerajaan apabila Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika membentangkan tinjauan NHMS 2019 dipetik berkata, seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes.

Penemuan ini merisaukan kerana prevalens diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus daripada 13.4 peratus, pada tahun 2015.

Di samping itu, dapatan NHMS 2019 juga menunjukkan sejumlah 49 peratus penghidap kencing manis tidak pernah diperiksa atau didiagnos menghidap penyakit itu.

Kerajaan memandang serius permasalahan ini kerana menanggung beban kewangan besar rawatan.

Kerajaan dilaporkan sebelum ini menampung kos rawatan hemodialisis berjumlah RM2.2 bilion setahun bagi 50,000 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di hospital kerajaan.

Dianggarkan kos untuk seorang pesakit menjalani rawatan itu sebanyak tiga kali seminggu sekitar RM44,000 setahun.

Sememangnya, begitu banyak komplikasi kesihatan buat mereka yang obes apatah lagi jika disahkan positif COVID-19 dan mempunyai rekod NCD. Kumpulan ini berdepan risiko komplikasi kesihatan lebih dahsyat malah turut berisiko membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan secepat mungkin.

Seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lebih 80 peratus daripada jumlah kes kematian bagi kes COVID-19 adalah kalangan mereka yang ada NCD.

Sekiranya risikonya begitu menggerunkan, mengapa kita masih lagi belum sedar diri? - BERNAMA

 

Credit : bharian.com.my

Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?

YA !!!

  • Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
  • Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 – 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
  • Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
  • Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.

Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Berat badan (kilogram)
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Tidak seperti nilai BMI dewasa, nilai BMI anda adalah berbeza mengikut umur dan jantina. Sila rujuk jadual BMI untuk masalah berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-8 tahun mengikut jantina. Untuk mengetahui sama ada anda mengalami masalah berlebihan berat badan atau kegemukan. Contohnya : Jika anda adalah remaja lelaki berumur 14 tahun dan BMI anda adalah di antara 22.62 ke 27.63,anda adalah berlebihan berat badan. Jika BMI anda adalah lebih daripada 27.63,adalah adalah kegemukan. Lihat jadual BMI-untuk-umur seperti di bawah

Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

Faktor risiko termasuk :

  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?

  • Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.
  • Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan.
  • Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.
  • Kebiasaannya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
  • Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.

Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :

  • Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
  • Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam

Apakah komplikasi masalah ini? Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?

  1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
  2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
  3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.

Apakah rawatan yang boleh diperolehi ? 

Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :

Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.

Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.

  1. Pemakanan
    • Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:
      • Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
      • Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
      • = 30% kalori daripada lemak.
    • Untuk mengurangkan berat badan:
      • Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
      • Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
      • Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mi).
      • Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
      • Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
      • Baca label makanan terutama kandungan kalori.
  2. Aktiviti fizikal
    • Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta (“parking”) jauh dan bersenam semasa menonton TV.
    • Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
    • Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
  3. Ubah tabiat anda.
    • Kenal pasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
    • Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
    • Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
    • Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
  4. Ubat-ubatan
    • Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
    • Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  5. Pembedahan
    • Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
    • Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.

Berapa lama seseorang perlu dirawat?

  • Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
  • Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.

Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan? Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada :

  • Ibu bapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan.
  • Doktor, Pakar Pemakanan/Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain.

Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.

Umur (Tahun)

Lebih Berat Badan BMI

Gemuk BMI

Lelaki

Perempuan

Lelaki

Perempuan

9.00

19.10

19.07

22.77

22.81

9.50

19.46

19.45

23.39

23.46

10.00

19.84

19.86

24.00

24.11

10.50

20.20

20.29

24.57

24.77

11.00

20.55

20.74

25.10

25.42

11.50

20.89

21.20

25.58

26.05

12.00

21.22

21.68

26.02

26.67

12.50

21.56

22.14

26.43

27.24

13.00

21.91

22.58

26.84

27.76

13.50

22.27

22.98

27.25

28.20

14.00

22.62

23.34

27.63

28.57

14.50

22.96

23.66

27.98

28.87

15.00

23.29

23.94

28.30

29.11

15.50

23.60

24.17

28.60

29.29

16.00

23.90

24.37

28.88

29.43

16.50

24.19

24.54

29.14

29.56

17.00

24.46

24.70

29.41

29.69

17.50

24.73

24.85

29.70

29.84

18.00

25.00

25.00

30.00

30.00