♥️.Selamat Datang ke laman DiVA DCC ♥️. Kami adalah Social Entrepreneur Malaysia yang mengusahakan produk kosmetik & kesihatan di bawah jenama DiVa Classic Cosmetics. Perniagaan ini untuk membantu membangun dan memperkasa kan OKU agar mereka mampu berdikari, tidak terpinggir dan lebih yakin berdaya saing dalam masyarakat normal. DiVA DCC juga memberi peluang pekerjaan kepada mereka.
Bismillah ♥️ Kami adalah Social Entrepreneur Malaysia yang sedang melancarkan kempen mengumpul Dana PROJEK IMPIAN OKU. Tujuan Projek ini adalah untuk membantu membangunkan Pusat Kretiviti & Latihan Kecermelangan OKU. Tujuan kemepn ini juga adalah membantu untuk membeli sejumlah Unit Mesin Cetak Braille yang sangat di perlukan mereka. Penggunaan Mesin Percetakan Braille ini bukan sahaja untuk mencetak dan menghasilkan buku-buku Braille Quran & agama, tetapi juga untuk mencetak pelbagai buku sekolah ,buku kemahiran & buku tambahan pembelajaran, terutamanya untuk kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan yang sangat penting untuk pertumbuhan mereka. Ini juga membantu mereka menjana pendapatan berterusan melalui pencetakan buku buku braile. Pusat Kretiviti & Latihan Kecermelangan ini juga memberi latihan kemahiran & pekerjaan bukan hanya pada golongan OKU sahaja, tetapi juga pada orang ramai terutama yang golongan yang memerlukan. Inshaa-ALLAH. ❤️ Sumbangan boleh melalui ke
OKU Cacat Penglihatan Zamzuri Ghani ( PERTIS )

Zamzuri Ghani , 45 tahun di lahir kan cacat penglihatan sejak lahir. Bertugas sebagai Pengurus Operasi Persatuan Cacat Penglihatan Islam Malaysia, membuat kan beliau banyak menghabis kan masa berbakti pada persatuan dan prihatin pada kebajikan orang orang cacat penglihatan samaada sejak lahir atau pun dewasa. 
 

Impian Zamzuri ialah untuk menubuh kan Pusat Kecermelangan OKU Cacat Penglihatan juga OKU anggota tubuh badan
Beliau juga mengimpikan agar PERTIS mampu memiliki bangunan sendiri serta mempunyai dana untuk mencetak Quran Braille untuk di sedekah kan kepada para OKU Islam cacat penglihatan. Inshaa_ALLAH.

Kami Diva Classic Cosmetics berganding bahu bersama beberapa individu OKU anggota badan juga OKU cacat penglihatan untuk bersama mengumpul dana juga memberi peluang perniagaan melalui pasaran digital dengan memberi mereka latihan agar mereka mampu berdikari dan membantu satu sama lain sehingga berjaya, tanpa perlu meminta minta di jalanan serta menjadi gelandangan yang akhir nya memudarat kan diri mereka, keluarga mereka juga masyarakat sekeliling.

.. bersambung